Thursday, November 19, 2009

Pendahuluan

Assalammua'alaikum & Salam Sejahtera.

Selamat Datang ke Blog kami semoga anda mendapat manfaat daripadanya.

Ini adalah mukadimah serba sedikit berkenaan Pusat Tuisyen Ekhsan.

Tujuan asas Pusat Tuisyen ini adalah untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling dalam memberikan perkhidmatan pendidikan yang efisyen dan berguna bagi memenuhi tuntutan pelajaran anak-anak yang kini semakin mencabar .

Walaupun Pusat Tuisyen ini adalah berorientasikan perniagaan namun prinsip tanggungjawab dan amanah sebagai ahli masyarakat tempatan menjadikan kami merasakan perlu diadakan Pusat Tuisyen seperti ini.

Walaubagaimanapun kerjasama serta komitmen semua pihak terutamanya ibubapa amatlah penting dalam menjayakan keberkesanan Pusat Tuisyen ini. Kejayaan anak-anak dalam pendidikan tidak bolehlah disandarkan sepenuhnya kepada guru-guru sama ada sekolah kebangsaan mahupun swasta tetapi merangkumi semua pihak sebagai satu kombinasi formula kejayaan pelajaran anak-anak khususnya.

Maka dengan faktor-faktor tersebut di ataslah membuat kami bersemangat dan komited untuk mengadakan sebuah Pusat Tuisyen bagi memenuhi keperluan pelajaran anak-anak yang amat penting serta sangat mencabar pada masa kini.

Sedikit latarbelakang

Pusat Tuisyen Ekhsan ditubuhkan pada tahun 2006. Nama EKHSAN ini adalah terbitan daripada nama ahli-ahli keluarga kami iaitu : -

E- Elly
K- Khairul
H- Husna
S- Sara
A- Aiman
N- Nadia

Pada asalnya ianya hanyalah berkonsepkan "home tuition" tetapi setelah pelajar-pelajar kami bertambah maka kami menyewa pula di sebuah kedai papan yang sempit yang hanya mempunyai dua ruang kecil dengan dinding 'plywood' dan kayu yang bergoyang dan berlubang.

Kemudian disebabkan jumlah pelajar yang bertambah dan atas sebab-sebab keselamatan maka kami pun mencari sebuah bangunan baru yang lebih besar dan selesa bagi menempatkan pelajar-pelajar kami. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan sebuah rumah kedai yang baru bagi meneruskan aktiviti tuisyen kami sehingga kini.

Modul Pelajaran

Secara khususnya Modul Pusat Tuisyen EKHSAN ini adalah berkonsepkan Pusat Pendidikan Intergrasi dimana ianya terbahagi kepada 4 kategori iaitu :-

1. Pra sekolah ( 5-6 tahun )
2. Pemulihan
3. Sekolah Rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 6 )
4. Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 hingga 5 )
5. Pelajaran Komputer ( Basic computer, Microsoft Words, Excel, Powerpoint )
6. Skor A

Modul pelajaran di dalam kategori-kategori di atas adalah berasaskan Kurikulum yang digunapakai di kebanyakan Sekolah Pra Sekolah Swasta dan Sekolah Kerajaan. Tambahan pula, bagi subjek seperti Matematik dan Sains penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar digunakan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Buku-buku ulangkaji amnya dari Tahun 1 hingga 6 dan UPSR (Tahun 4,5 & 6) khasnya turut digunakan di tempat kami.

Bagi persediaan dan ulangkaji intensif , kami menggunakan buku-buku soalan dan persediaan khas Edisi DIDIK (Berita Harian) yang disediakan serta dikaji oleh para pemeriksa kertas soalan UPSR yang berpengalaman.

Tingkat 1, Rumah kedai



Kaunter Pendaftaran


Perpustakaan Mini




Bilik kelas berhawa dingin



Kelas Bilik 1

Kelas Bilik 2